kata orang tua cemburu itu tandanya sayang.
pepatah Perancis pula menyebut, tidak ada cinta jika tidak cemburu.
malah, cemburu adalah asam garam kehidupan setiap manusia :D
apakah cemburu? cemburu boleh didefinisikan sebagai KETAKUTAN berpindahnya rasa kasih sayang terhadap orang lain seperti suami isteri dan kekasih.
cemburu jika dilihat dari sudut positif ia membangun dan menyuburkan sesuatu perhubungan, tetapi apabila dikaji daripada aspek negatif banyak kemusnahan akan terjadi kerana manusia tidak dapat mengawal emosi marah, dendam dan sakit hati.
kajian psikologi ada menyebut sikap wanita inginkan belaian dan sentiasa bimbang kasih sayang dan perhatian yang mereka peroleh dikongsi dengan orang lain, mereka juga takut kehilangan pasangan. wanita biasanya cemburu apabila mereka mendapati ada saingan untuk mengambil hak mereka umpamanya suami atau kekasih. mereka tidak rela berkongsi kasih, ranjang dan segala yang pernah diperoleh bersama pasangan mereka. mereka juga berasa ada kekurangan dalam diri sehingga suami atau pasangan mencari orang lain.
cara mengatasi masalah cemburu,
wanita di nasihatkan supaya lebih positif apabila berhadapan masalah cemburu dan sakit hati ekoran pasangan mereka mempunyai orang lain. jangan melakukan perkara negatif malah hadapinya dengan sabar dan tabah. mereka harus bersaing secara sihat bukan melakukan sesuatu yang boleh memberi impak buruk kepada mana mana pihak. jika lelaki tidak bertanggungjawab, wanita harus mempersiapkan diri dengan kekuatan mental dan fizikal serta boleh berdikari dengan adanya pasangan atau tidak.
"sekarang mungkin berpisah hidup, tapi suatu masa nanti dia akan pergi juga. suami bukan hak mutlak isteri dan akan hidup selamanya dengan kita. sikap terlalu sayang wanita pada suami dan takut kehilangan pasangan menyebabkan mereka ada kalanya tidak dapat berfikir rasional dan tidak dapat melihat potensi serta kekuatan yang mereka ada"
akibat cemburu, wanita tidak dapat menjalani hidup dengan tenang. perlakuan dan sikap sakit hati kerana cemburu mengundang kemusnahan hidup dan merobek kebahagiaan rumah tangga. akhirnya menjadi mangsa adalah anak yang terbiar dan pelajaran terabai kerana wanita terlalu melayan perasaan sehingga hilang kekuatan dan fokus dalam mengharungi kehidupan duniawi.
natijahnya, wanita perlu bijak menangani dan mengawal perasaan cemburu. jangan sampai cemburu memusnahkan hidup dan masa depan diri dan keluarga. serahkan segalanya pada Allah kerana banyak hikmah yang terkandung dalam setiap dugaan yang Allah berikan. justeru, tidak salah cemburu jika bertempat, bagaimanapun jangan pula terlalu cemburu buta dan bersalah sangka terhadap suami, kerana sifat cemburu ibarat api dalam sekam yang memakan diri. jika kita bersangka buruk suami atau pasangan ada orang lain, itu adalah seperti satu doa yang suatu hari nanti tidak mustahil akan menjadi kenyataan.
memang menjadi lumrah sejak dulu musuh wanita adalah wanita sendiri. bagi wanita, jika mereka ingin berkongsi kasih dengan wanita lain, hormati wanita yang pernah bertakhta di hati suami mereka suatu masa dulu. jangan membina kebahagiaan di atas air mata wanita lain. ingatlah jika anda pernah mengecewakan seorang wanita kerana persaingan mendapatkan suaminya tidak mustahil suatu hari nanti anda juga akan menerima nasib yang sama.
kehidupan ibarat roda, sekali di atas sekali di bawah, kita akan merasa juga apa orang lain pernah rasa. jangan kerana kisah silam, dendam di lepaskan kepada orang lain, jangan hanya kerana nila setitik, rosak susu sebelanga :)

No comments:
Post a Comment